Bahan2 untuk puding roti:
●8 keping roti
●2 cawan susu segar
●4 sudu besar gula
●2 biji telur
●1 sudu teh esen vanilla
●2 sudu besar mentega (cairkan)
●kismis (if takde pun xpe)

1. Mula mula , masukkan susu segar, gula halus, esen vanilla dan telur dalam satu bekas. Kacau sebati. Fasha cuna guna pemukul telur dan kacau adunan tersebut sampai semua bahan sebati . Kalau nak senang guna mixer pun boleh . Tapi kacau bahan jangan sampai kembang pula, cuma biarkan bahan sebati dan mesra sahaja.

2. Ambil satu bekas, carikkan roti dalam bekas trsebut dan masukkan bahan adunan tadi ke dalam bekas roti .biarkan adunan meresap ke dalam roti.

3. Masukkan majerin yg telah dicairkan ke atas adunan tadi.
4. Sapukan minyak atau mejerin di dalam loyang untuk mengelakkn drpd melekat. Kemudian, tuang bahan tadi perlahan lahan dalam loyang . Taburkan kismis ke atasnya, resepi puding roti kali ni fasha x de kismis , huhuhu. Bakar adunan pada suhu 180c selama 30 minit . Kalau rasa hangit, pandai2 adjust kan yaa.
Ok, kita hold on dulu . Sesambil tu boleh buat kuah kustardnyaa.
Bahan2 kuah kustard:
●1 tin susu cair
●1/4 air masak
●2 sudu besar kastard
●2 sudu besar gula halus
●1 sudu teh esen vanilla

1.Tuangkan semua bahan dalam periuk . Tips untuk sos karstad, kacau semua bahan
Jangan letak atas api dulu. Kacau perlahan lahan sehingga sebati . Ini untuk mengelakkn sos tidak berketul ketul . Kemudian, panaskan sos kastad atas api perlahan . Kepekatan bergantung kepada selera masing2. Jangan kacau lama2 sangat ya.

Alhamdulillahh, untuk rasa lebih sedap , sejukkan puding roti dan sos kastard . Tu yang fasha suka puding roti ni sebab bila kita makan sejuk2 , rasa lega je tekak ni .. heheh, kepada semua, selamat mencubaa..

No comments:
Post a Comment