Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, hehe *pandang jam* OMG! Chill la, baru pukul 1.30 pagi .
Hoho, Fasha bukan nya apa, cume waktu pagi2 ni lah waktu senggang tu muncul dan idea untuk berkarya pagi2 ni lebih fresh sikit nak dapat . Ye ke?
Satu lagi, Internet Speed Burung Hantu kan ada. hehe :)
Baiklah, straight to the point, baru je malam tadi Mama Fasha buat kitorang Pizza Pan Superb .
Kisahnya, mama cakap macam nak makan something yang simple but mengenyangkan untuk makan malam ni . So, mama decide nak buat Pizza Pan untuk kitorang yang kebuluran ni . hehe . Tak sabar nya nak rasa Pizza ni . Kecur air liur bila tengok .
Inilah Pizza Pan Supreme mama . Terliur tak? meh, sini kita buat sama2 dgn resepi yang sangat mudah. In Sha Allah :)
Mama Fasha ambil resepi pizza ni di SINI :) . In Sha Allah, memang membantulah resepi ni . Bukan fasha je yang suka, tapi adik2 fasha ni lagi2 yang si Baby ni duk tunggu Pizza . Bila lah nak siap2 ni akak? huhu. Biasanya kita akan menggunakan tepung roti untuk mendapatkan roti yg lembut dan tahan lama sikit, tapi kalau dah out of the stock kat dapur, guna je tepung gandum , boleh..
Tepung Roti / High Protein 500 gram
Garam Halus 1 sudu kecik
Gula pasir 1 sudu kecik
Bancuhkan yis mauripan dan 300ml air suam. Biarkan sekejap supaya yis dapat diaktifkan. Then, baru tuangkan ke dapat tepung tadi. Selepas itu, tuang 2 sudu besar Minyak Jagung if takde minyak masak atau minyak zaiton pun boleh ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit garam.
Maka mulalah proses menguli doh . Cuma 5 Minit sahaja ya. Selepas itu, geserkan minyak jagung sedikit pada bekas tempat untuk kita perap doh tu .
ok, yang ni time untuk perap kan sekejap doh . Untuk mencepatkan proses, boleh tutup doh dengan wrapping plastic. Perap cume 20-30 minit sahaja.
Baiklah, kita pergi ke topping pulak ya. Ini yang fasha suka . sebb kita boleh decorate pizza kita . Budak 3 tahun pun boleh buatkan, hehe. Topping ni bergantung kepada cretivity memasing, so fasha cuma gunakan 3 element ni je . Korang boleh letak ape2 topping lain yg lagi sedap2 yaa. Fasha cume ade stock ni je ,. hehe xpe2. :)
Okeh, beralih kepada doh kita. apa jadi??
Wahh, inilah rupa doh yang comel je tadi tiba2 boleh jadi tembam . kihkih.
Seterusnya, doh tadi boleh dibahagikan kepada 2 atau 3 bahagian . Baiklah, tak payah nak uli2 . Cuma taburkan tepung sedikit dan tepek2 kan doh tu supaya jadi lebar dan sesuai untuk dimasukkan dalam pan kita.
Got it, right?
Sekarang, masa untuk deco2 !!! hehe, topping kita yaa.
ok, nilah hasil topping fasha dgn adik2 fasha. Simple but nice . hehe . Haaa, jangan lupa letak
cheese mozarella dgn oregano sedikit untuk melazatkan lagi pizza anda .
Baiklah, selepas itu, kita bolehlah bakar Pizza kita. Bakar dalam oven 180 ke 200 darjah celcius. Ikut suka korang la ya. Dalam 25- 30 minit gitu.
Taaaa - Daaaaa !!!
Amboii, budak ni pun tak sabar nak makan pizza lah ni yaa... hihi
Alhamdulillah, selesai sudah resepi pizza kali ni. Boleh la cuba2 di rumah . Sngat simple jee. Baiklah, fasha minta diri dulu, assalamualaikum wbt.














tahniah..kakak..berjaya kita membuat pizza yg lazat dan sedap..kita buat lagi deh..mgkn boleh letak nenas..daging ayam ke kan...udang..bestnya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete